Friday, August 18, 2017

DETIK MASA

Indahnya ciptaan Allah
Lukisan terbentang di bumi, sungai dan lautan
Di seluruh alam semesta langit dan awan
Keajaiban bulan bintang.. galaksi dan lapisan
Hutan dan rimba
Gunung ganang bukit dan lembah
Mendakap kejadian langit dan bumi
Ada kasih sayang
Akal dan pertimbangan
Menenang dan memudahkan
Apa kita lupa
Siapa penentu dan pereka 
Ini lah makhluk Tuhan
Hidup di atas syurga dunia dengan keberadaan 
Ia jalan fana 
Mengira langkah untuk akhirat selamanya
Sementara terlalu pantas masa berlalu
Tiada yang tahu
Hari ini ada esok tiada
Detik masa insan di persinggahan
Keredhaan di pinta
Rendah diri dan hati
Insan ini terlalu kecil
Maha besar Ilahi
Insafi melalui titi

Syed Hamid Albar@AlShifa, Bukit D'sara
30/7/17@8pagi

No comments:

Post a Comment