Wednesday, July 19, 2017

PERCAYA DAN PERDAYA

Orang yang kau percaya,
Namun kau terpedaya,
Kau minta perlindungan,
Tapi dia tiada ehsan,
Fakir fikir kau silap perkiraan,
Kau menobat kebenaran,
Sahabat itu menyibar kepalsuan,
Fakir mencari kumpulan iman,
Ketemu pula mereka yang terlupa tuhan,
Keselamatan kesejahteraan,
Dalam lingkungan keduniaan,
Kerakusan tiada batasan,
Janji janji hanya pada lisan,
Fakir membuat telaahan,
Semua ada kepentingan,
Tunduk sujud pada kebendaan,
Tiada siapa mahu menegak kebenaran,
Tinggal generasi tanpa warisan,
Seribu harapan hanya ungkapan,
Tidak akan tinggal legasi dan warisan,
Fakir hanya pemerhati kepada,
Pelbagai lekaran kehancuran,

Syed Hamid Albar
Fb pada 20 Jun 2017
Bukit Damansara

No comments:

Post a Comment