Wednesday, July 19, 2017

FITRAH MANUSIA

Bila kita mula di cipta,
Dari kisah cinta dua manusia,
Teruna dan dara,
Mensucikan kejadian Maha Esa,
Di rahim wanita istimewa,
Jalinan ayahanda dan bonda,
Melalui Rahim dan Rahmatnya,
Berubah dengan tiupan roh,
Detik masa dan ketika terus mengubah,
Itu lah lumrah kejadian dan kehidupan,
Fitrah,
Penentuan tiada yang sama,
Sepanjangan,
Alam persekitaran dan Insan.

Syed Hamid Albar
6.50am@1 Jun 2017
Alshifaq@Bukit D'sara.
FB post @1 Jun 2017

No comments:

Post a Comment