Wednesday, March 29, 2017

FBSHApost@27 Mac 2017: PUISI #5/2017

Menular fikiran
Jasad dan roh masih bersama
Cuba mengejar masa yang tidak menunggu sesiapa
Kuasa ciptaan manusia
Dan kuasa hak mutlak Allah tidaklah sama

Satu kekal satu lagi sementara
Sering lalai dan leka
Cuba membetulkan yang lama
Ternoda dengan kepoyaan dunia
Mengilai dan berdansa seolah hidup selamanya
Mengejar masa tidak mungkin terdaya
Betulkan yang buruk
Mengisi kekurangan sepanjang detik hari
Tidak mungkin berupaya
Mohon keampunan dari yang empunya
Berbicara kuasa dan kekuatan
Amaran insan tetapi jangan lupa pada amaran tuhan
Yang membuat catitan
Memberi contoh dan ketegasan yang tiada sangkalan
Kerahmatannya luas
Namun kemungkaran menjemput azab pedih tidak terkira
Semuanya makhluk rekaan Ilahi
Yang memberi tempoh
Jangan dirempuh 
Tiada kuasa mengatasinya
Kaya harta menimbun bagaimana
Tinggi pangkat dan darjat
Darjat kehormatan satu anugerah pemberian
Mencuba iman dan amalan
Mungkinkah disaki-baki kehidupan 
Bisa menampal kekurangan
Kepincangan dan kesalahan
Tidak patut bermegah
Segala yang diberi boleh diambil semula
Bila roh dan jasad dipisahkan
Dimasa yang pasti
Tidak mungkin tidak mungkin
Terfikir-fakir masa yang telah berlalu
Mana dapat dikitar semula
Hanya memohon keampunan dan keredhaan dari Nya
Bagi selamat di akhirat
Tidak terhumban terkeluar dari umat Muhammad
Yang bertimbun shafaat...
Hidup sederhana syurga menunggu
Mendapat ketenangan dunia akhirat selesa selamanya

Shifaq 
27/3/17, 10:28 pm


No comments:

Post a Comment