Friday, February 10, 2017

FBSHApost@8 Februari 2017: Tentukan Melayu tidak Tersungkur



Saya ingin berkongsi cerita. Sejarah Melayu sejak zaman silam sehinggalah sekarang. Banyak sangat kisah congak menganiayai diantara satu sama lain. Banyak cerita kita kurang amanah. Banyak cerita membawa orang masuk ke rumah sehingga kita dilalaikan dan tersingkir dari rumah sendiri. 

Akhirnya pun sejarah asal usul kita sendiri tidak tahu lagi. Kita lena bila dipanggil tuan sehingga tidak sedar orang lain yang sebenarnya menjadi tuan. Bila dimewahkan kita terapong di antara langit dan bumi. Khayal. Apabila kita bangun sudah terlambat tempat telah diisikan oleh orang lain. Kaji sejarah nusantara bagaimana setiap penjajah menganggapkan orang Melayu kurang usaha dan berdaya maju. 

Tetapi kalau kita kaji sejarah sebelum zaman melaka kita akan sedar kita ada tamadun sendiri, mengusahakan industri sendiri, berdagang dan menjadi pelaut yang membawa hasil bumi ke rantau lain di Asia dan sehinggalah di Timur Tengah. 

Tapi memandang kepada sejarah saja tidak mencukupi. Kita perlu membina kekuatan dalam semua aspek fizikal dan mental untuk bersaing di peringkat dalaman dan di dunia yang telah berubah. Jangan kita menganiayai sesama sendiri sebangsa dan seagama. Jangan sangka kalau kita lemah dan tersungkur orang lain akan bantu kita. Tentukan kita tidak tersungkur.

FBSHApost@8 Februari 2017

No comments:

Post a Comment