Friday, February 10, 2017

FBSHApost@24 Januari 2017: Manusia Mudah Terpengaruh

Manusia mudah keliru diantara yang baik dan buruk. Ia juga mudah terpengaruh diantara kebenaran dan kebatilan. Dia cepat percaya kepada apa dia dengar, lihat dan baca. Apa yang mula-mula diperolehinya akan membentuk persepsi dan kepercayaan. Lantaran itu amat susah untuk menukar persepsi tersebut bila ia telah menjadi kepercayaannya. 

Padanya itulah kebenaran. Lebih-lebih lagi di era maklumat di mana kurang kepercayaan kepada pemimpin politik ataupun media arus utama. Kredibiliti dan kebolehpercayaan terhadap pimpinan politik terhakis akibat ledakan maklumat dari sumbar luaran dan dalaman.

FBSHApost@24 Januari 2017

No comments:

Post a Comment