Tuesday, December 27, 2016

FBSHApost@25 Disember 2016: Hedonisma

Hari ini disambut Krismas mengikut kepercayaan orang Kristian hari kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Kini sambutan hari-hari perayaan sudah bertukar dari perkara kerohanian dan keagamaan kepada komersialism dan konsumerism. Sebagai gimik menambah jualan dan keuntungan. Itulah yang dipanggil sebagai fenomena pemodenan berasaskan kebendaan dan hedonisma. 

Undang-undang dipisahkan daripada pengisian akhlak dan nilai suci. Di sebaliknya diganti dengan hak kebebasan mutlak individu memilih gaya hidupnya sendiri tanpa mengambil kira sistem nilai masyarakat. 

Di sinilah berlaku pertembungan di antara Islam dan negara barat di dunia yang berasaskan globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Perkara ini tidak mungkin terselesai melainkan kita mengikut secara keseluruhan yang dikehendaki barat. Justeru kepelbagaian agama, etnik dan budaya pun tidak diterima di negara-negara barat kerana mereka menilai keganasan dan terrorisma dari sudut agama dan warna kulit pelaku. 

Akhirnya sebab sebenar mengapa perkara begitu boleh berlaku tidak diberi perhatian diselidik dan dianalisa. Makanya ia bertembung dengan pergerakan nasionalisma yang mahu memaksa asimilasi mengikut acuan negara masing-masing dari segi sistem nilai dan norma. Kebebasan yang mereka anjurkan tidak digunapakai bagi umat Islam.

FBSHApost@25 Disember 2016

No comments:

Post a Comment