Tuesday, December 27, 2016

FBSHApost@22 Disember 2016: Penderitaan Umat Islam di serata Dunia

Bila diimbas kembali apa yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, ia mencerminkan kelemahan dan tiada penyatuan ummah. Yang ada adalah kepentingan politik dan kepentingan nasional. Tidak wujud perpaduan dan akhirnya tiada kepedulian ditumpu kepada penderitaan rakyat Islam rantau dan di peringkat antarabangsa. Segala bentuk kezaliman dan keganasan dilakukan atas nama agama ataupun kesukuan. Justeru negara dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar bagi memenuhi kepentingan strategik dan geopolitik mereka. Bila masyarakat Islam dimangsakan, tidak ada kuasa barat atau negara Islam dapat memberhenti atau menahannya. Dalam keadaan porak-peranda dan lemah maka umat Islam dizalimi dan dianiayai sewenang-wenangya. Perlu disatukan hati dan tekad ummat. Tiada soal campur tangan dan kedaulatan bila sesebuah negara melaksanakan jenayah kemanusiaan ataupun pembersihan kaum. Akibat konflik yang berbagai dalam dunia kini ada enam puluh juta pelarian dan 50% darinya terdiri dari umat Islam. Hentikan kehinaan dan kezaliman ke atas agama dan umat Islam.

FBSHApost@22 Disember 2016

No comments:

Post a Comment