Monday, November 14, 2016

PUISI #19/2016 Semua Diagungi Al Khaliq

Jika aku berkata
Apakah kau murka
Apabila aku tersilap
Adakah memberi maaf
Bila aku terlanjur
Apakah kau masih sabar
Apabila kita berbeza
Apakah kau anggap derhaka 
Santapan dan hidanganku tidak sama
Adakah kau pandang aku hina
Apabila aku tidak tahu
Apakah kau lihat aku tidak berilmu
Apabila aku bersuara santun
Adakah kau terus menekan tanpa keadilan
Apabila aku tunduk sopan
Apakah kau fikir kelemahan
Sebenarnya aku ni seorang insan
Meneroka kemuliaan milik tuhan
Bukan kesombongan di alam pinjaman
Aku khalifah di angkat ketinggian
Bukan keturunan memuliakan
Aku mencari kerinduan
Memohon iman dan ketaqwaan
Tiada yang aku takut 
Melainkan Al Khaliq 
Pemberi manfaat dan mudarat 
Aku dan engkau serata
Peminjam yang paling agung
Pemilik masa, kuasa dan kemegahan 
Aku dan engkau pasti akan dihakimkan
Aku dan engkau ada batasan 
Tetapi Dia tiada sekatan tolok bandingan
Yang tinggi, rendah, cantik dan indah
Yang buruk dan pincang 
Semuanya sama saja
Aku, alam dan manusia
Seluruhnya diagungi
Pemiliknya yang Maha Esa
Berdepan dengan qada dan qadar Nya

Hamid Albar 
Alshifaq
Damansara
21hb 2016
Bermula pukul 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment