Thursday, November 10, 2016

FBSHApost@4 September 2016: Kaum Ansar yang Suka Membantu

Ustaz memulakan tazkirah pagi dengan mengangkat Syukur kepada Allah. Katanya apa yang kita mahu bukan setakat hidayah tetapi disertai juga dengan taufiq dari Allah. 
Melalui taufiq kita dikurniakan Iman dan Islam dan kerananya mampu mengikut perintah Allah. 
Bila Insan diberikan taufiq akan mendorongnya rasa hendak berbuat baik. Dalam perkataan lain mentaati perintah Allah.

Buat baik saja tidak mencukupi perlukan kepada taufiq kerana keredaan Allah.
Ustaz menekan perlunya ada sikap bukan sahaja untuk menerima disebaliknya suka memberi lebih-lebih lagi diketika hendak menyambut Hari Raya Korban.
Hidup lebih bererti dengan memberi dan bukan sahaja menerima sepertimana kaum Ansar di Madinah Almunawarah.

Al-Ansar orang yang suka memberi.
Suka orang datang berhijrah dari Mekah.
Tidak mahu apa-apa dan tidak mementingkan diri.
Suka tolong orang dan mengalukan orang berhijrah ke tempat mereka. Mereka berasa suka dan gembira menerima tetamu.
Tidak fikir hendak dapat apa-apa kerana menolong. Tidak fikir kepada pulangan.
Mereka akan mengutamakan orang lain walaupun mereka juga ada keperluan.
Ibadat korban bukan setakat bagi duit.
Apa yang boleh kita bantu...

Tidak fikir untuk membantu orang mithalnya bila ada kereta rosak kita buat tak tahu. 
Menolong tanpa memikirkan apa yang dia boleh dapat terbaik dan itulah orang Ansar.
Orang yang kita tolong sombong.
Akhirnya ustaz meminta fikirkan apa yang boleh kita beri.
Tidak usah fikir hak sahaja tetapi fikirkan peranan. 

Wallahhu a'lam. 

Catitan 6.30 pagi
4hb Sept 2016.

No comments:

Post a Comment