Thursday, June 16, 2016

FBSHApost@7 Mei 2016: PUISI #10/2016 Rindu

Rindu pada kebenaran
Rindu pada kebatilan disingkirkan
Rindu pada kedamaian
Rindu pada keadilan ditakhtakan
Rindu mencari insan yang menjiwai kesederhanaan
Rindu pada akhlak sopan
Rindu pada sentuhan suara hati
Rindu kepada kasih sayang suci dan murni
Ah ah....tidak hilang rasa rindu ini
Rindu pada dunia tiada dusta
Rindu mengurap gelita
Rindu terserlah ubur cahaya
Rindu pada yang ikhlas kata
Rindu pada alam semesta
Rindu mahu bertemu si fakir
Rindu pada yang berharta
Rindu pada mereka menghulur tangan tanpa diminta
Rindu pada berakhirnya kuasa durjana
Rindu dalam berbagai warna
Rindu pada kehidupan saksama
Rindu pada dunia tidak menggenggam senjata
Rindu mencari tiada perang dan konflik bermaharajalela
Rindu pada dunia yang tidak berpura
Rindu pada tiada jeritan dan kesakitan kezaliman
Rindu pada samudera bebas tanpa sengketa
Rindu mendengar suara si kanak-kanak, si tua dan wanita
Rindu pada gurindam dan seloka mereka
Rindu pada hingar-bingar ceria
Rindu pada bermacam-macam lagu seirama
Rindu pada alam yang menjadi taman syurga
Di mana dia mahu memenuhi rindu
Fakir cuma berilham di awan biru
Rindu tiada nokhtah
Merayau-rayau di kotak akal dan kata
waktu 22.47
7 haribulan Mei 2016
FBSHApost@7 Mei 2016

No comments:

Post a Comment