Friday, February 12, 2016

Selamat Datang 2016

Sudah tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2015 dengan beribu macam kenangan. Orang kata masam manis, pahit maungnya, suka-duka, onak durinya, api airnya, sungai lautan, gunung bukit dan lembah nya serta langit bumi yang memenuhi alam seluruhnya...kita seharusnya faham dan bersyukur tiada satu pun yang kekal....lahir diazankan di telinga supaya kita sedar yang kita masuk alam insan dengan kehendak Allah....jadi kanak2, remaja, dewasa dan orang tua menghabiskan saki baki hidup nya sebelum di panggil Ilahi untuk menemuinya....itu realiti kehidupan.... Semua orang tidak akan kekal termasuk umurnya.. 

Masa kita kuat dengan muda tidak perlu angkuh kerana itu semua laluan. Yang muda akan juga jadi tua. Semasa menunggu ke alam kekal apa perlu dilakukan.... Duduk di rumah merenung atau menjaga cucu kepada mereka yang ada cucu atau berkhidmat selagi ada nafas dan tenaga... Orang Islam disuruh mencari ilmu dari buaian sehingga ke liang kubur... Makna selagi ada kudrat sumbangkanlah tenaga dan khidmat dengan jujur dan ikhlas... Itu pegangan saya...Jangan ambil yang bukan hak kita... Yang memberi segalanya Allah...Prinsip saya tak usah rebut dan ragut... Alhamdulilah saya dapat menabur bakti dalam berbagai bidang....satu anugerah yang amat besar bukan kerana hebat dan baiknya saya. Anugerah...peluang...bukan semua kita tahu....bermula sebagai pegawai kerajaan tahun 1970...pegawai bank sehingga jawatan-jawatan tinggi...ahli lembaga pengarah berbagai syarikat, ditawarkan bertanding tahun 1986 disaat hendak mengambil watikah, dibatalkan. Itu suratan belum tiba masanya. Satu pengalaman....manusia menunjukan kuasa Allah izin kan kerana Allah tahu setiap hikmah... 

Akhir nya 1990 diperintah bertanding dan itu masa yang tepat berumur 46 tahun....Menang PRU...dengan undi yang cukup lumayan ...pula ditakdirkan di kawasan Almarhum ayahanda saya... Subahanallah.... Terus dijadikan Menteri di atas syor orang yang mula menyingkir saya dari bertanding. Itulah dikatakan hikmah....Terus berpegang amanah Menteri sehingga April 2009 dan wakil rakyat sampai 2013....Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib Razak, semuanya saya tahu hati budi mereka...Tersemat dan tersimpan...Saya pernah menganggur dan bergantung pada pencen dari April 2009 sampai Jun 2010.. Syukur saya tidak pernah ambil atau curi dari sesiapa.... Masa saya menganggur saya pergi duduk di pejabat mayc bilek dan perabutnya usang....pendek kata dari pejabat hebat kepada pejabat kelas bawah di Jalan Syed Putra...tapi saya seronok kerana sihat dan masih bertenaga. Saya pergi tiap2 hari ke Pejabat dan ada lah kawan setia datang bersembang dan pergi makan nasik bungkus bersama. Saya menghabis masa dengan kembali menulis...Alhamdulillah..... 

Dari Menteri jadi Ahli Parlimen biasa... Dari menjawab soalan kena tanya soalan. Kekok dan payah...bertukar peranan. Tapi itu realitinya...... Di bahagian pula tidak habis2 orang sabotaj dan memberikan persepsi negatif terhadap saya.....tapi ramai yang setia...lebih lagi akar umbi dan pengundi.... Saya cuba dilumat dan cincang oleh orang yang kita didik dan pimpin... saya tak marah kerana ini cabaran Allah....kalau hari ini kita buat orang, tiada sesuatu yang kekal di singgahsana apa sekalipun...

Pada tahun 2010 Najib menawarkan saya jawatan.... Akhirnya sebagai Pengerusi SPAD....saya tidak minta.... Saya mulanya tidak tahu hendak atau tidak...Percaya atau tidak setelah beliau merayu supaya saya terima...kerana katanya jawatan ini tidak mudah dan akan berdepan dengan macam2 kontroversi dan cabaran... Kerana pengangkutan awam dan transformasi. Jawatan disambung....sehingga sekarang tanpa saya pergi mengadap untuk minta sambung...ada orang ingat saya mungkin itu menyebabkan disambung. Saya dijadikan Pengerusi...SPAD ada ahli suruhanjaya, CEO, CDO, COO, SGM, GM, DGM, SM, M, sehinggalah kepada eksekutif.... Hebat jawatan2 yang ada di SPAD bila datang kutuk, hina dan maki hamun Pengerusilah terima segalanya...itu semua kita faham dan terima....tapi diserang oleh kalangan kita pelik juga....Tahun 2015 cukup mencabar.... Seruan saya dipecat, letak jawatan dan macam2 lagi kedengaran... Saya hanya menerima dan lihat bagaimana tahun 2016.... 

SPAD ada masanya buat keputusan dan pelaksanaan baik dan ada masanya tidak disenangi...ada masa nya tidak tepat.... Segala kekurangan dari jabatan dan agensi lain pun disalahkan pada SPAD...Tapi SPAD terus meneroka perubahan dan kebaikan... Membuat pembetulan dan dengar pada orang ramai dan pengguna. Tiap hari kita melihat pada cermin untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan....

Selamat datang 2016....dan pengalaman yang kita bawa dari 2015....

FBSHApost@25 December 2015

No comments:

Post a Comment