Wednesday, February 17, 2016

FBSHApost@8 Februari 2016: PUISI #5/2016

Kalaulah aku bukan aku
Kalaulah aku tidak merindu
Kalaulah aku serupa dulu
Kalaulah masa dapat tunggu
Kalaulah gunong masih tinggi begitu
Kalaulah bukit dan lembah hijau melambai sayu
Kalaulah dapat aku meredup menunggu
Kalaulah haiwan masih berkeliaran
Kalaulah awan merendah keputehan
Kalaulah burung bernyanyi berkicauan
Kalaulah insan ada adab dan sopan
Kalaulah yang berada tidak bersombongan
Kalaulah manusia mengamal ehsan
Kalaulah tiada pencuri dan perompak
Kalaulah semua ada keamanahan
Kalaulah manusia berjalan bertegur salaman
Kalaulah dunia tiada kepuraan
Kalaulah hati bersih tiada pengkhianatan
Kalaulah tiada fitnah dan bermusuhan
Kalaulah begitu kaya dan miskin
Dapat merasa keamanan
Kalaulah tiada konflik dan pertumpahan
Kalaulah manusia ingat Tuhan
Kalaulah begitu dapat aku memeluk kesejahteraan dan kesayangan sesama Insan.
8.45am
Al Alshifaq

FBSHApost@8 Februari 2016

No comments:

Post a Comment