Friday, February 12, 2016

FBSHApost@3 Februari 2016: PUISI #4/2016

Kalau kain putih kau hamparkan
Suci bersih kapas ataupun sutera
Kau perhati dia tenang murni
Kalbu mu tersentuh mengasehi
Pastinya kau tidak mahu ia menjadi lusuh atau dikotori
Kau mahu mendakap sekuat hati
Menyelimut tubuh memesrakan rasa
Tidak diwarna menukar rupa
Semasa lahir begitulah di cipta
Di lekar kemudiannya
Bila kembali bertemu Azza wa Jalla
Diselimut semula untuk disimpan selamanya
Dibangkitkan Allah dihakimi
Tentang khidmat dunia
Buruk dan baiknya
Diadili dan diletak pada tempat sewajarnya
Itulah laluan di bumi fana
Tiada yang perkasa selain Azza wa Jalla
8.25 am
Al Shifaq.

FBSHApost@3 Februari 2016

No comments:

Post a Comment