Tuesday, August 18, 2015

UNDANG-UNDANG


Sistem perundangan negara ini berteraskan kepada pemisahan kuasa. Mithalnya seorang tertuduh tidak bersalah melainkan pihak pendakwa membuktikan di mahkamah yang tertuduh bersalah beyond reasonable doubt....Ia bertujuan untuk memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertelagah dalam kes jenayah. Justru dalam sistem kita di pisahkan tanggungjawab di antara pihak penyiasat, pendakwa dan hakim. Masing2 berperanan mendirikan keadilan supaya tiada pihak berasa tertindas atau terinaya. Ia juga boleh menjadi pengimbang kepada penyalahgunaan kuasa oleh cabang-cabang kuasa yang berbeza. Begitu juga dalam sistem demokrasi berparlimen dipisahkan di antara pihak legislatif, eksekutif dan kehakiman. Penghayatan kepada sistem rule of law ada lah sesuatu yang penting dan signifikan. Ia juga akan mengelakkan kita mengamalkan pemerintah melalui rule by law..Masing-masing yang bertanggungjawab mesti menghayati proses and prosedur supaya pelaksanaannya mencapai keadilan yang menaongi sifat kemanusiaan.

FBSHApost@16 July 2015


No comments:

Post a Comment