Wednesday, August 19, 2015

LAYAR PERAK


Ramai dari kita masa ini sudah jadi penagih dan penganalisa politik...senantiasa terkemas kini dengan isu isu, ramalan, cemohan dan penghinaan dan jawapan berteka teki. Ahli tafsir juga tidak kurang. Yang tak pernah bercakap politik pun sudah turut bertelaah. Tidak ada apati politik di negara tercinta...Aktif gila kata orang. Politik di FB, Twitter, blog dan lain-lain sosial media heboh dengan warna warni politik. Mana yang sahih dan palsu sudah bercampur aduk dalam satu adunan yang beraneka.. karton dan karikatur makin sinis melukiskan politik. Ada orang kata skrip politik Malaysia lebih dahsyat dari kempen untuk calon Presiden Amerika Syarikat....yang tak tahu pun sudah boleh berbicara tentang politik....berkecamuk dan bercempara dalam soal realpolitik. 

Nak bergerak setapak pun jadi politik dan berbincang pun jadi politik...sehinggakan tak khusyuk dalam perkara-perkara lain....berjenaka pun bersabit politik. Malaysia sudah berubah menjadi pentas politik dengan lirik dan irama nya yang aneh tersendiri...bagaimana dan bagaimana perlu lakunan dan adegan akan di tamatkan...masing-masing ada gaya nya...bahasa dan liriknya sudah tidak sederhana...dilema dalam drama dan opera hari ini yang sedang di tuntuni di peringkat nasional dan antarabangsa....layar perak yang terbesar...P. Ramlee kata lagu dan irama tidak dapat di pisahkan...jika terpisah lemah tiada berjiwa....hampa...inilah hal nya kita hari ini.

FBSHApost@4 August 2015

No comments:

Post a Comment