Tuesday, August 18, 2015

HAK DAN KUASA


Ramai pada masa ini bercakap berkenaan hak dan kuasa. Tidak kurang juga mengatakan menegak kan hak dan kuasa. Ini bermakna sebidang sudah jadi serelong dan serelong menjadi se ekar. Kita menafsirkan bahagian sendiri lebih luas daripada apa yang sepatut dan sebenarnya. Seterus nya melihat pada kekurangan orang lain dan menganggap orang lain salah dan diri sendiri lah sempurna. Entah macam mana boleh nampak apa ada dalam hati orang lain tapi tak nampak apa yang tersimpan pada hati sendiri. Suka suluh pada kezaliman dan ketidakadilan orang tapi tidak pandang apa yang sendiri lakukan.Suruh orang bertaubat tapi tidak bertawaduq untuk bertaubat sendiri. Paksa orang hormat dia tapi tak pula pandai hormat orang. Gagah dan megah. Sombong dan angkoh berbicara dan bergaya. Itu lah kepincangan Insan yang sering mendabek dada.. Ya Allah lindungi lah kami. Berikan kami hidayah dan Nur Mu kepada kami.. Aamein

FBSHApost@20 Jun 2015


No comments:

Post a Comment