Wednesday, August 19, 2015

CERITA MODEN


Saya keluar masjid orang tanya politik,
Saya pergi jamuan raya orang sembang politik,
Pergi pasaraya orang soal politik
Orang sekarang nampak kuat melayari alam siber
Macam-macam di sebar warta
Tidak kira benar atau dusta
Semua di terima di sambung pada yang lain pula
Dunia sudah jadi gila...
Berputar kepala mendengar
Najib Rosmah paling popular
Ramai sangat penganalisa berita
Semua membawa terkini tiada lagi rahsia
Ada jadi penyiasat, pendakwa dan hakim
serta merta
Berhujah dan merumuskan serata
Cerita sama di ulang semula
Di tokok tambah sini sana
Sedap telinga mulut kagum ternganga
Maklumat banyak tidak terkira
Benar atau bohong setaraf saja
Sakit kepala bila di tanya
Lepas ini nak ke hala mana
Ada menyampuk cukup lah tu
Sudah lesu
Di ledak kan masukan tiada menambah ilmu
Tunggu aje selesai dulu
Politik sudah membelenggu
Malaysia ku
6.50 pagi
Di Teratak ku
Bersantai di kerusi
Memikirkan anak dan cucu
InsyaAllah ada tempat di akhir
Terowong yang ku lalu..

FBSHApost@21 July 2015@7.26am

No comments:

Post a Comment