Monday, February 22, 2010

AHLI PARLIMEN AUSTRALIA DAN UNDANG-UNDANG


Adakah sesiapa berasa hairan dengan apa yang berlaku dengan kes Anwar Ibrahim. Tidak pernah terjadi dalam sejarah di Malaysia ataupun mungkin di negara lain dimana kes ini sepatutnya dilihat sebagai satu prosiding undang-undang, bukannya satu medan politik.

Apa yang terjadi adalah adanya laporan polis yang telah dibuat. Sudah tentu polis bertanggungjawab untuk menyiasat kes tersebut. Bila siasatan selesai fail akan diberikan kepada pihak Pendakwa Raya berasaskan siasatan. Pihak Pendakwa Raya akan mengkaji kertas siasatan untuk menentukan semula kes prima facie wujud bagi membawa pertuduhan. Dengannya ia memberikan perlindungan undang-undang kepada semua pihak tidak kira pangkat dan kedudukan dimana masa yang panjang telah diambil untuk menyelesaikan prosiding (trial within a trial) sehingga tidak dapat lagi dibicarakan pertuduhan keatas yang dituduh. Polis dan Pendakwa Raya tidak boleh membuat keputusan terhadap siapa bersalah dan tidak. Itu adalah dalam bidang kuasa mahkamah. Sebagai sebuah negara yang berteraskan kepada undang-undang melalui sistem (rule of law) pembahagian kuasa, supaya setiap sistem pemerintahan ada ‘check and balance’nya.

Sesiapa yang dituduh adalah tidak lagi bersalah dalam sistem ‘adversorial’ yang diamalkan di negara ini. Pihak pendakwa perlu membuktikannya. Justru tidak perlu sesiapa berasa khuatir. Dalam sistem perundangan tidak pula ditetapkan jika seorang berpangkat dan berpengaruh melakukan apa-apa kesalahan maka mereka akan dikecualikan dari dibawa kemuka pengadilan. Setiap negara Komanwel yang mengamalkan sistem demokrasi dan ditegakkan dengan ‘rule of law’ sepatutnya arif dalam hal ini. Kes yang dibawa oleh Pendakwa Raya adalah disandarkan mengikut kuasanya yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. Parlimen Malaysia sendiri tidak berhak untuk mencampuri urusan bidang kehakiman yang menjadi payung kepada setiap rakyat untuk mendapat perlindungan mengikut undang-undang. Apatah lagi Parlimen dari negara-negara luar.

Malang sekali kerana ada jalinan persahabatan dengan Ahli Parlimen dari luar negara pihak tertentu di negara memberikan hak pada orang luar untuk terlibat dalam proses undang-undang dan kehakiman Malaysia. Apakah mereka ini tidak faham dan jelas yang Malaysia bukanlah sebuah provinsi Australia tetapi sebuah negara merdeka dan berdaulat. Adalah salah bagi mana-mana pihak untuk cuba mengheret Ahli Parlimen negara luar mencampuri dalam proses perundangan di negara ini. Walaupun ‘perbuatan luar tabii’ di negara barat mungkin tidak dianggap salah namun setiap negara mempunyai undang-undang serta tradisinya yang tersendiri. Mengapa hendak menggelabah, sedangkan belum pun diketahui siapa bersalah dalam kes ini.

Mengapa sebuah kes jenayah tempatan diantarabangsakan dan diheret orang-orang luar untuk campur tangan dalam soal dalaman negara. Jika ditinjau mereka ini memang suka mempolitikkan kes dan mahukan orang luar campurtangan. Pemuda berdemonstrasi, bukan untuk mengancam mahkamah tetapi menyampaikan bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia keatas tingkah laku 54 Ahli Parlimen mereka. Apakah jika sesuatu perbicaraan di negara luar Australia berlaku maka keadilan dikatakan tidak boleh tercapai. Sepatutnya Ahli Parlimen Autralia tidak bersikap biadap serta cuba mencampuri hal undang-undang dalaman Malaysia. Bukankah ini cuba mengintimidasi mahkamah dengan tekanan yang tidak bertanggungjawab.

Adalah dialu-alukan setelah menerima bantahan, Pesuruhjaya Tinggi Australia mengeluarkan kenyataan yang pendirian Ahli Parlimen tersebut tidak melibatkan pendirian Canbera. Adalah lebih munasabah untuk Anwar tidak menggunakan forum antarabangsa dalam kes-kes jenayah dalam negara sendiri. Bahkan beliau diberikan seluas-luasnya peluang untuk mengenepikan tuduhan di mahkamah Malaysia. Sesiapa juga yang tidak bersalah akan tentu diberikan keadilan dan akan dibebaskan. Walau bagaimanapun kerana politik sempit dan berkepentingan ada yang rela menjadikan Malaysia seolah ia negara yang tidak merdeka dan berdaulat serta tertakluk kepada kehendak dan tuntutan negara asing. Jika Malaysia tidak berwaspada ia akan terus ditekan dan dinaungi oleh negara-negara luar. Biarlah Malaysia berani bertegas dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatannya serta sistem perundangannya. Biarlah suara rakyat Malaysia lantang dan jelas bahawa negara ini tidak menerima campurtangan negara asing, apatah lagi Parlimen negara luar.

2 comments:

  1. Saya rasa Datuk kalau sesiapa pun yang merasakan dirinya teraniaya, dia akan berusaha dengan apa juga cara untuk membela dirinya. Anwar is just doing that.

    Bersabit dengan ianya adalah proses undang undang semata mata, banyak juga kes kes yang diadukan kepada Polis tetapi tidak disiasat. Ini yang membuat sebilangan rakyat tertanya tanya.

    Masalah yang dihadapi sekarang kesukaran sebilangan rakyat untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh pemerintah.

    I beg to differ with thousand apologies.

    ReplyDelete
  2. Tkasih bnyk d atas pandangn. Sy brstju siapa pun brhak utk mmprtahnknn diri d atas apa2 prtuduhn. Tapi Encik Ramli tak kn lah sehingga kita mnghalalkn org luar campur tngn dlm urusn dlmn negara kita. Utk kita brlainan ondpt biasa lah. Semua prkara dlmn patut d selsaikn dlm negara. Australia x suka kita komen brkenaan pembunuhn yg brlaku krana prkaumn yg makin mnjadi2 d Australia. Salam.

    ReplyDelete